Adakah Penting Amalan Pengurusan & Penyelenggaraan Stor?
Kekurangan pemerhatian pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pengurusan stor menimbulkan masalah dan kelemahan seperti berikut:-
Kepincangan dalam sistem pengurusan stor menjejaskan kelancaran operasi harian organisasi
Kurang kerjasama, persefahaman, salah dan buruk sangka di antara pengguna dengan pihak stor
Pembaziran dan kerugian yang tinggi sering terjadi disebabkan oleh pegangan 'high stock level' atau 'zero stock balance'; atau 'obsolete stocks'
Kakitangan yang tidak terlatih mewarisi sistem dan budaya kerja yang tidak produktif melalui pengalaman dan bimbingan yang diterapkan olehpekerja lama
Untuk mengatasi masalah dan kelemahan seperti di atas tidak menjadi lebih kritikal, maka usaha yang lebih gigih dan jujur untuk meningkatkan lagi prestasi aktiviti pengurusan bekalan dan stor hendaklah diambil dan disegerakan. Latihan sebagai salah satu pendekatan yang efektif hendaklah diadakan agar pengurusan bekalan dan stor di organisasi anda menjadi lebih produktif, efektif dan efisyen.
KURSUS : AMALAN PENGURUSAN & PENYELENGGARAAN STOR | xvi &17 JANUARI 2017 @ VISTANA HOTEL, KUALA LUMPUR (Training Confirmed!)
Peserta akan dapat mengetahui dan memahami sejelas mungkin tentang konsep, prinsip dan teknik terkini yang lebih berkesan dalam aktiviti pengurusan bekalan dan stor. Di akhir kursus ini nanti adalah diharapkan peserta akan:
- Menjadi lebih cekap, mahir dan produktif apabila mengendalikan urusan operasi pergerakan stok serta keselamatan rumah stor.
- Dapat mengamalkan nilai-nilai penjimatan kos dan peningkatan keuntungan melalui usaha-usaha mengurangkan pembaziran dan kawalan yang lebih sistematik, cekap dan berkesan
- Menyedari akan pentingnya tanggungjawab dan sumbangan pihak bekalan dan stor sebagai khidmat sokongan dalam menjamin keberterusan segala urusan pentadbiran dan operasi harian organisasi.